top of page
Laman Web Rasmi Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)

Visi
”Kematian sifar akibat kemalangan jalan raya”

Misi
Menjadikan Malaysia sebuah Negara yang mempunyai tahap keselamatan jalan raya setaraf dengan Negara maju menjelang 2010 iaitu:-

  • 10 kematian setiap 100,000 penduduk

  •  2   kematian setiap 10,000 kenderaan yang berdaftar

  •  10 kematian setiap satu billion kilometer perjalanan kenderaan


Objektif
Sebagai "One Stop Agency" bagi memantau dan menyelaras program keselamatan jalan raya dari aspek Pendidikan, Penguatkuasaan, Kejuruteraan dan Persekitaran atau 5E (Education, Enforcement, Engineering,Environment and Evaluation).

PAUTAN

Children Road Safety Games

 

Road accidents are the single biggest cause of accidental death among 5–14 year olds – a fact that encouraged 3M to make child road safety a key part of its community programme.

3M created this online resource for use with primary school pupils. The content was written by teachers with the help of the Department for Transport and Brake, the road safety charity.

 

Laman Web Rasmi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

 

MIROS ditubuhkan pada 3 Januari 2007 dan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penjanaan dan penyebaran maklumat tentang keselamatan jalan raya melalui media cetak serta program latihan yang bersepadu. MIROS akan menjalankan kajian dan menilai prosedur sedia ada berkaitan dengan keselamatan jalan raya untuk menjana maklumat yang akan membentuk teras kepada program intervensinya yang berasaskan bukti untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

 

Visi

Untuk muncul sebagai peneraju dunia dalam penyelidikan keselamatan jalan raya. 

 

Misi

Untuk memupuk sains dan kesenian dalam intervensi keselamatan jalan raya.

 

Fungsi:

  • Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi yang akan ditafsirkan menjadi dasar keselamatan jalan raya;

  • Membangunkan objektif, dasar dan keutamaan nasional untuk pembangunan dan pengurusan penyelidikan keselamatan jalan raya yang tersusun;

  • Menambah baik dan meningkatkan pengetahuan berdasarkan perkembangan baharu dalam isu-isu berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

  • Berperanan sebagai agensi audit dan akreditasi dalam reka bentuk kurikulum dan piawaian berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

  • Mengusulkan intervensi/program berasaskan bukti yang cekap dari segi kos;

  • Berperanan sebagai pusat pengetahuan dan penghubung berkaitan dengan keselamatan jalan raya;

  • Berperanan sebagai pusat rundingan dan nasihat tentang isu-isu keselamatan jalan raya.

Created by Mohamad Naziri Fitri Bin Mohd Nasir

Bachelor of Technology (Hons) Business Information System

Universiti Teknologi PETRONAS

© 2014.Proudly created with Wix.com

bottom of page